Geografi dan Cuaca

[Country map of Jordan]

GEOGRAFI

Jordan merupakan salah satu negara Timur Tengah yang dikelilingi oleh Arab Saudi (Tenggara), Iraq (Timur Laut), Syria (Utara) dan Palestin (Barat). Jordan juga disempadani oleh Laut Merah melalui Bandar Pelabuhan Aqabah. Kawasan sebelah Timur Jordan ialah padang pasir manakala di sebelah Barat merupakan kawasan tanah tinggi.

CUACA

Cuaca di Jordan pula sangat menarik. Kita boleh kategorikan kepada 3 bahagian;

1) Musim Panas (Saifiy) – Musim ini muncul pada sekitar bulan Mei hingga September. Di mana-mana sahaja anda berada pasti anda dapat merasai bahang kepanasan. Suhu ketika musim panas boleh mencecah hingga 35-45°C! Menjelajah Jordan ketika musim ini sangat tidak digalakkan kerana cuacanya yang terlalu panas.

2) Musim Sejuk (Shitaa’) – Bermula bulan November, suhu di Jordan mula menurun sekitar 5-12°C. Pada kebiasaannya salji akan turun di beberapa tempat seperti Amman, Karak dan Ajloun. Di Irbid jarang turun salji, tetapi suhunya tetap rendah hingga 1-2°C! Senyuman dapat kelihatan pada wajah-wajah penduduk tempatan apabila hujan turun setelah sekian lama melalui musim panas yang kering-kontang. Jaket kalis air serta kasut boots disarankan untuk melalui musim shitaa’

3) Hujung Mac hingga pertengahan Mei- Cuaca ketika ini sangat menarik. Anda tidak memerlukan baju tebal dan tidak juga memerlukan baju yang terlalu nipis kerana suhunya sedap-sedap sahaja. Bunga-bunga beraneka warna mula muncul ketika ini.